Wednesday, February 22, 2012

Dilemma

Susah betul la nak berpikir kalau kita dalam dilemma. Lagi-lagi soal kerjaya. Sebab takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Ada la dalam 3 minggu aku berkeadaan begini. 


Company R kata: 

"pikir masak-masak u takkan dapat flexibility macam kat sini"


Company K kata:

"u must think why you find another job? You want to explore construction world rite? Decide the best for you"


Company B kata:

"I will groom you!"



STRESSSS!!!



Actually mencari kerja baru ni started last year lagi. Tapi masa tu rezeki belum sampai. Double effort tahun ni! Trying hard masa interview. Alhamdulillah I got it! Masa interview kat company K, confident level aku low. Sebabnya blur. Ape yang interviewer tanya semua aku salah. Tengok muka dia pun macam tak berminat ngan aku. Rasa macam nak campak resume kat kepala aku je sebab ade degree tapi ape pun tak tau. Memang malu la masa tu. Aku pun malas nak pikir panjang la. Balik dengan keadaan tak mengharap. After chinese new year dapat phone call dari interviewer tu sendiri. Aku berjaya dalam interview tu dan tunggu offer letter jela la. 


Selang sehari dapat interview kat company B. Disebabkan tak sign ape-ape lg aku pun pegi interview tu dengan perasaan saje suka-suka. Tak sangka interview session tu went smooth. Aku just cakap aku kurang experience, willing to learn, berharap dapat pegi site selalu. Interviewer tu kata "I suka cara you. I hope you terpilih. I akan ajar u sampai u pandai." Seriously this is the first interview yang cakap macam tu kat aku. Selama ni semua end up dengan muka tak berminat. Aku rasa macam ada peluang. After a week dia call bagitau aku berjaya. Yang company K still tak bagi offer letter. Bila call cakap boss tak sign lagi. Dalam kepala otak dah pikir nak pilih B!


Last week on Monday offer letter dr K dah siap. Aku pun pegi amik. They want me to work immediately tapi disebabkan offer letter lambat dapat, resignation letter yang aku hantar 1st Feb di batalkan. Last Friday pulak dapat offer letter dr B. Selepas diteliti dan buat comparison, B is better. Now, the problem is R want to counter offer me. They said will offer sama atau kurang sikit. I said I don't want!! .Sampai ke hari ni tak ade kesudahan. Macam ni proses resignation aku lambat la. Apa yang nak dibincangkan pun aku tak tau. Better dorang amik QS lain je. Aku tetap dengan pendirianku. 

Masa on the way ke Penang Manager dari K called aku tak tak sempat nak angkat sebab aku sedang memandu. Sampai kat bukit bendera aku kuatkan hati call dia and say sorry to him yang aku tolak offer dia. Alangkah marahnya dia. Dia kata unfair to him. Dia dah blocked semua candidate sebab aku terima tawaran dia. Tapi siapa suruh lambat sangat proses offer letter tu. Almost 3 weeks kot baru nak siap. Lagi satu selagi takde hitam putih aku berhak terima mana yang better offer kan? Ni nak marah-marah aku pulak. Lagi satu patutnye adalah candidate simpanan. Ape pun bukan rezeki aku di sana. 


Sekian, terima kasih.

0 menjerit:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails