Friday, February 24, 2012

Nuffnang

First time nak cerita pasal Nuffnang ni. Padahal dah masuk tahun ke-5 berblog. KASIHAN!

Oklah, aku join nuffnang ni dah lama dah. selama mana aku berblog selama itu lah aku join nuffnang. Bermula dengan non-exclusive member ke Glitterati. Mulanya aku tak faham langsung fungsi nuffnang ni. yang aku tau kalau masukkan code kat blog, nanti boleh dapat duit. Till now aku masih beranggap begitu la. Lagi-lagi kalau ada orang klik kat advertisement yang keluar. Selebih tu malas nak amik tau. Memang aku tak kesah sangat pasal duit-duit masuk ni. Lagipun traffic kat blog aku ni takde la banyak mana. Niat aku, aku berblog hanya suka-suka. Itu je!

Dan setelah hampir 2 tahun berblog, aku pun check account nuffnang, sekali dia kata boleh cash out duit sebab dalam account tu ada RM50.20. Aku pun terus click butang cash-out. Pastu hari-hari aku tunggu posmen, excited nak dapat cheque. Padahal bukan banyak pun. Tunggu punya tunggu punya tunggu tapi tak sampai-sampai. Mula la nak frust-frust. Terus malas nak tunggu. Setelah beberapa minggu or bulan (aku pun dah lupa), tiba-tiba dapat cheque. Tersenyum lebar. Kalau tak silap masa tu bulan puasa kot. So, aku dah aim purse Adidas. Lepas dah deposit cheque, terus cari butik adidas. So sampai sekarang masih simpan purse tersebut. At least nampaklah penat lelah berblog, bila tengok purse mesti ingat blog & nuffnang. Thanks to readers too. Dulu purse ni penah hilang bersama RM500 aku. Tapi Alhamdulillah jumpa balik sebab pencuri tu hanya ambik duit dan tinggalkan purse aku di dalam poket seluar dalam Jusco. Masa ni blog ni ada reader yang aktif tapi sekarang mereka pun dah senyap dari dunia blog. Hu Hu Hu.


Now, account nuffnang lambat bergerak. Dari dulu sampai sekarang tak sampai 50 pun. Ntah bila la boleh cash-out lagi. Kalau tidak, boleh beli baju kerja! He He He. Macamanalah yang boleh sampai ribu raban. Sangat jealous! Tapi itu tengoklah usaha mereka meng-update dan aktif 24/7. Kalau macam aku ni tenggelam timbul readers pun lari. Ha Ha Ha. Walau ape pun aku tetap happy dengan dunia blog ni. Cuma untuk aku aktif berblog tu tidak mungkin.. Sekarang pun blogger dah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Dulu aku agak addicted tapi tidak sekarang. Hanya ada kelapangan masa je aku update.

0 menjerit:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails