Monday, March 5, 2012

Everything is NEW!

Hola!

Di bulan baru ni, aku telahpun memulakan kerja di tempat baru. Saje je bertukar angin. Lagipun aku teringin nak kerja yang mencabar dan sentiasa busy dari pagi sampai petang. Tapi taknak lah sampai kena overtime pulak. Previous company, sekarang ni project sikit sangat. So most of the time datang office hanyalah berbual kosong dan pretend busy depan laptop. He He He.

Dan aku mengambil keputusan untuk mencari kerja baru. Aku login jobstreet apply sebanyak yang mungkin. Apply berpuluh-puluh pun yang panggil interview 3 sahaja. Yang berjaya 2 dan yang dipilih tentulah 1. Entah macamana boleh pergi ke Bangi. Aku click je mana company kat Selangor. Sekali bila orang dari Bangi call panggil interview terkejut aku. Tapi pikirkan my sis pun dekat Putrajaya ape salahnya kalau aku pulak kat Bangi. Dulu mak ada cakap carilah kerja area bangi ke kajang ke putrajaya. Boleh kita pindah sana. Hah! Akhirnya dapat jugak. Mulut mak memang masin la. Apa salahnya kalau berbaloi dengan gaji.

Keputusan samada pindah atau tidak itu tak tau lagi la. Take time nak memikirkannya. Tunggu aku dah kukuh kewangan dan dah setahun kerja baru boleh pikir bab pindah randah ni. Mana lah tau jodoh dah sampai tahun ni dah kena pindah lagi. Just wait and see jela nanti.

Pasal kerja baru ni so far so good. First and second day banyak bukak file jela sebab nak faham projek-projek lepas dan on going. Lepas ni aku kena handle sub-con claim dan akan banyak pergi site! Yeahh! Aku suka aku suka! Takde lah terperuk kat ofis je membanyakkan lemak di pinggang dan di perut. Hopefully aku akan banyak belajar kat sini dan tiada ape-ape masalah dalam tahun pertama.

Last week my manager ada cakap nak pergi site hari ni. Tak tau la jadi ke tidak. Oh ya! Hari ni adalah hari ketiga ku di sini.

Happy Monday!
Happy Birthday for my bff Diyana Basri!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 menjerit:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails